Ya Allah, sesungguhnya memang satu ujian untuk menguji kesabaranku. Namun mungkin ada hikmahnya..think positive...
Isnin minggu lepas telah menalipon ke Hospital Putrajaya untuk membuat appointment bertemu doktor, tetapi telah diberitahu melalui telefon bahawa kena datang juga...Jumaat lepas telah datang ke hospital bersama suami, selepas menunggu 2 jam, rupa-rupanya bukan dapat bertemu doktor tetapi hanya diberi tarikh dan waktu untuk temujanji, iaitu Rabu 27 May, pukul 11 pagi. Hari ini Rabu, bertolak dari Shah Alam pukul 10:15pg, sampai lebih kurang 10:45 pagi. Wah..kena daftar juga walau sudah ada temujanji... sedang mendaftar..sistem 'hang' lah pulak... berkali2 petugas terpaksa masukkan data ke dalam komputer, akhirnya sudah jam 11pg baru berjaya..hanya hendak print no giliran... diarah pergi ke kaunter A bhgn gynae pula...ingatkan boleh terus masuk jumpa doktor since kata appt jam 11pg.. rupa2 kena tunggu juga... nak tahu jam berapa saya dapat masuk jumpa doktor? Ya... appt pukul 11 pg tapi akhirnya giliran saya bertemu doktor jam 2:45ptg!!!! wahhh...... 3 jam 45 minit saya menunggu.... macam ni tak payah buat appointment lah.... baik walk-in je...
Alhamdulillah saya membawa bersama sebuah buku hasil nukilan seorang penulis dan pendakwah yang juga seorang blogger,
Kak Ummi Kalthum Ngah, yang baharu saja diterima semalam. Buku tersebut bertajuk, "
Jadi, Anda Mahu Menulis?" Alhamdulillah saya dapat menghabiskan membaca buku tersebut selama saya menunggu...
Banyak perkara menarik yang saya pelajari dari buku tersebut... kebetulan beberapa bab dalam buku tersebut juga saya sendiri telah mengikutinya dari bengkel penulisan yang dikendalikan oleh sifu PTS yang tidak asing lagi iaitu Puan Ainon di Taman Permata.
Di antaranya ialah menulis mengikut teknik Surah Yusuf dari kalamullah itu sendiri. Sungguh kagum bagaimana beliau telah mengkaji dengan mendalam tentang surah ini dan menggunakan teknik tersebut dalam melatih penulis-penulis menulis novel atau penulisan yang lain. Salah satu point nya ialah hampir 90% ayat Al-Quran dalam surah Yusuf adalah berbentuk dialog. Penyampaian dalam bentuk dialog lebih berkesan daripada penyampaian secara pasif.
Salah seorang penulis tersohor tanahair , iaitu penulis sejarah Islam, yang mendapat bimbingan dari Puan Ainon ialah Abdul Latip Talib atau
Pak Latip. Pak Latip menggunakan teknik Surah Yusuf ini dalam kesemua novel sejarah Islam yang ditulis oleh beliau.
Kaedah KJ dan lain-lain lagi....yang penting setelah selesai, semangat saya untuk menulis telah naik kembali...terimakasih Kak Ummi Kalthum kerana mengirimkan kepada saya buku tersebut...(
dah habis baca tapi belum bayar ;-))....
tapi yang paling penting...
sekarang saya perlu menulis ....
satu tuntutan menulis yang sangat penting dalam hidup saya!
Ya Allah Ya Tuhanku...aku hambaMu yang lemah. Ampunilah daku, jika aku ada berbuat dosa walau sedetik waktu, dengan sengaja atau tidak sengaja. Berilah daku kekuatan untuk meneruskan tugas menulis ini...permudahkan segala urusanku...Ya Allah, Engkau tunjukilah jalan penyelesaian bagi segala permasalahan yang timbul...Hanya kepadaMulah aku berserah... Engkaulah yang Maha Berkuasa. KepunyaanMu lah segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi dan di antara keduanya.